Khamis, 5 September 2013

Wanita Pakistan Mengaku Nabi Ditahan

Wanita Pakistan Mengaku Nabi Ditahan
Wanita Pakistan Mengaku Nabi Ditahan | Polis Pakistan menangkap seorang ibu beranak empat kerana murtad selepas dia didakwa menggelar dirinya nabi, kata polis dan seorang ulama kelmarin.

Wanita itu ditangkap di ibu negeri wilayah Punjad di sini di mana seorang gabenor ditembak mati pada 2011 ketika cuba merombak undang-undang murtad.
“Polis menangkap wanita berusia 40 tahun itu, Salma atau Fatima pada Isnin lalu dan menghantarnya ke penjara kerana tuduhan murtad,” kata seorang pegawai kanan polis, Tariq Aziz.
Menurutnya, ulama tempatan, Qari Iftikhar Ahmed Raza menuduh wanita itu mengagihkan sejumlah risalah yang mengaku dirinya seorang nabi.
“Tiada pengakuan secara langsung dalam risalah itu tetapi ulama tersebut menuduhnya,” kata Tariq.
Umat Islam percaya bahawa Nabi Muhammad ialah utusan Tuhan yang terakhir.
Murtad merupakan isu yang amat sensitif di Pakistan yang mana 97 peratus penduduk negara itu terdiri dari- pada orang Islam.
Perbuatan menghina Nabi Muhammad boleh dikenakan hukuman bunuh di bawah undang-undang negara berkenaan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan