Ahad, 15 September 2013

Dakwa Tanda Putera Tidak Hargai S’bangan Tun Razak

Tun Razak
KUALA LUMPUR – Parti DAP mendakwa filem Tanda Putera gagal menghormati dan memuliakan pencapaian sebenar Allahyarham Tun Abdul Razak sebagai Bapa Pembangunan negara.
Ahli Melayu DAP, Zairil Khir Johari mendakwa, filem itu tidak menyentuh tentang sumbangan Tun Abdul Razak dalam menubuhkan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) dan Lembaga Pembangunan Bandar (UDA)

Dakwa beliau, Tun Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Kedua digelar sebagai Bapa Pembangunan kerana usaha beliau memperjuangkan reformasi tanah besar-besaran pada 1960-an dan awal 1970-an.
“Hasil kepimpinan Tun Abdul Razak, Felda dan UDA dibentuk yang akhirnya membawa kepada pembangunan luar bandar yang pesat dan pembandaran besar-besaran orang Melayu.
“Malangnya, filem Tanda Putera tidak menghargai mana-mana usaha tersebut, sebaliknya penonton cuma mengetahui kalau tidak kerana Tun Abdul Razak syarikat penerbangan Malaysia hari ini akan dikenali sebagai MAL, dan bukan MAS,” dakwanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Justeru, Zairil Khir mendakwa, filem Tanda Putera merupakan penyalahgunaan dana awam untuk tujuan propaganda kerana filem itu dibiayai sepenuhnya oleh geran RM4.8 juta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC). – mynewshub.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan