Isnin, 9 September 2013

Fakta! Bilakah Kilang Kenderaan Pertama Di Malaysia Dibuka?

 | April 6, 2013
Fakta! Bilakah Kilang Kenderaan Pertama Di Malaysia Dibuka? | Pernahkah anda melihat reka bentuk kereta Bedford Harimau? Reka bentuk tersebut seperti gambar di bawah yang mirip seakan-akan kereta jip. Pada kali ini, KisahBest.My ingin berkongsi dengan anda tentang sejarah kereta Bedford yang dipercayai produk daripada US yang telah membuka kilangnya di Malaysia pada tahun 70an. Biarpun tidak bertahan lama, ia merupakan kereta yang dianggap unik. Boleh lihat gambar di bawah ini.
bed1

General Motors, sebuah syarikat automobil dari US telah membuka kilang pemasangan kenderaan pertama di Malaysia pada 1970an. Mereka telah membeli Capital Motors Assembly Plant di Johor dan telah mengeluarkan beberapa model kereta seperti Opel Kadett, Manta, T-Car Gemini serta Holden Kingswood. Namun, setelah syarikat kenderaan Jepun menguasai pasaran Asia, syarikat pengeluar barat telah mengaku kalah dan berhenti mengeluarkan kenderaan di Malaysia pada 1971. Harimau dipasang dan dekeluarkan di Johor dan dijual dengan harga yang murah.
bed2
bed4
bed3
Namun, oleh kerana tujuan Harimau dihasilkan khas untuk kegunaan perladangan tau agrikultur, model ini hanya mendapat sambutan meluas dari penduduk luar bandar yang memerlukan kenderaan seperti Harimau. Ketika itu juga syarikat pengeluaran kereta dari Jepun telah mengambil alih pasaran kereta di Malaysia dengan memperkenalkan model yang lebih mesra pengguna. Oleh itu, pihak GM telah mengambil keputusan untuk menjual kilang di Johor itu kepada syarikat Oriental Holdings yang kemudiannya menjadi tempat pembuatan kereta Honda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan