Sabtu, 14 September 2013





Rita Rudaini & Aidil Zafuan Akhirnya Sah Bercerai Talak Satu

ohartis-rita-aidil-sah-bercerai-1
Perkahwinan aktress Rita Rudaini dan pemain bola sepak Aidil Zafuan akhirnya sampai ke noktah terakhir apabila mahkamah Rendah Syariah Seremban telahpun mengesahkan penceraian mereka setelah lama berada dalam proses perbicaraan.
Aidil sebelum ini telah mejatuhkan talak satu kepada Rita melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos yang lalu sekitar jam 4 hingga 5 petang yang ditaip sendiri olehnya dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi oleh sesiapa.
Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan pasangan terbabit berhubung lafaz cerai berkenaan yang berlaku sebelum ini tanpa kebenaran mahkamah.
“Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut,” kata Hakim Syarie Hamizan.
Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya.
“Alhamdulillah semuanya sudah berakhir, jodoh kami setakat di sini saja, dengan keputusan ini berakhirlah semua konflik rumah tangga saya selama ini.
“Bagaimanapun, saya kesal kerana Aidil tidak sabar dan bertindak terburu-buru menceraikan saya tanpa mengikut proses yang sepatutnya. Bagi saya tindakan Aidil menceraikan saya melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) ini umpama menghina saya sebagai seorang isteri dan wanita serta mahkamah.
Pasangan ini telah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 February 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua cahayamata lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Rita dilihat sering meluahkan perasaannya di laman sosial Instagram miliknya dan berikut adalah luahan Rita selepas sehari sah bercerai.
ohartis-rita-luah-perasaan-di-instagram
OHARTIS: KEHIDUPAN SELEPAS BERPISAH MEMBUATKAN HIDUP MEREKA LEBIH BAIK. SUDAH TERSURAT HANYA SAMPAI DISITU JODOH MEREKA.

2 COMMENTS

  1. jamali
    ada can
    No 0
    1 Yes

LEAVE A REPLY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan