Rabu, 18 September 2013

Menakjubkan! Melukis Kaligrafi Hanya Guna Air Mata (3 Foto)

 | November 22, 2012
Menakjubkan! Melukis Kaligrafi Hanya Guna Air Mata (3 Foto) | Semua orang di dunia ini tidak terkecuali mempunyai pengalaman mengalirkan atau menitiskan air mata. Semasa dilahirkan pun, kita sudah mengalirkan air mata tanda menangis. Namun jangan terkejut kerana seorang lelaki ini mampumengeluarkan air mata yang sangat berbeza dengan kita. Ia bukan menangis, akan tetapi mengeluarkan air mata berbentuk pancutan. Memang pelik dan ini sungguh menakjubkan. Ternyata, tidak semua orang memiliki kebolehan seperti lelaki ini.

Seorang pelari berumur 56 tahun asal China, Ru Anting, dikurniakan sebuah bakat yang luar biasa nan unik. Cuba anda bayangkan, dirinya boleh membuat sebuah tulisan kaligrafi dengan memancutkan air dari matanya. Awalnya Ia menghisap air menggunakan hidungnya, setelah itu air tersebut disemburkan melalui kelopak mata.


Ru mencari bakat uniknya ini ketika dirinya masih kecil. Ketika itu dirinya sedang berenang, Ia seringkali terminum air sungai tersebut. Setelah itu, secara tiba-tibat tidak sengaja air keluar dari matanya dan membuat teman-temannya terkejut.
Setelah kehilangan pekerjaan di sebuah kilang selama 20 tahun lamanya, Ru mula mengembangkan bakat uniknya tersebut. Setelah berlatih secara intensif, Ia pun boleh memancutkan air dari matanya secara tepat dari jarak 10 meter.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan