Rabu, 18 September 2013

Benarkah Amy Search Muflis?

Benarkah Amy Search Muflis?
BIAR betul khabar yang kami dengar ini? Lagenda rock negara, Amy Search dikatakan muflis kerana gagal menyelesaikan hutang yang mencecah hampir enam angka.
Memetik laporan Rotikaya, hutang tersebut berkaitan dengan sebuah konsert jelajah kumpulan Search sekitar 2009 yang lalu.
Perkara ini telah dibawa ke mahkamah dan Amy diistiharkan muflis.
Jika perkara ini benar-benar terjadi, kami harapkan beliau bersabar dan pasti ada cara untuk menyelesaikan masalah ini.
Kasihan Amy, selepas satu, satu lagi masalah terjadi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan