Isnin, 16 September 2013

Bot terbakar ketika enjin dihidup




KUALA TERENGGANU - Sebuah bot terbakar ketika enjinnya dihidup di jeti Kampung Losong Panglima Perang di sini pagi tadi menyebabkan salah seorang di dalamnya cedera.

Haikal Amsyar, 16, melecur pada kedua-dua belah kaki, tangan dan muka dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu.



Bapa mangsa Harif Fadhilah Hashim, 54, berkata mereka bertiga bersama seorang lagi anaknya Hazman, 18, hendak ke Pulau Kapas untuk bersnorkel dengan bot sepanjang tujuh meter yang dipinjam dari rakannya itu.

“Selepas menaiki bot, kami mengisi minyak dan saya terus menghidupkan enjin apabila api terus menyambar kami anak-beranak,” katanya di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini.

Beliau berkata mereka segera terjun ke dalam sungai dan apabila sampai ke tebing, beliau mendapati anaknya cedera.

Harif Fadhilah berkata kebakaran dipercayai berpunca dari tumpahan minyak di sekitar enjin bot ketika mereka mengisinya.

“Sudah beberapa kali saya guna bot ini, tetapi ini kali pertama insiden seperti ini berlaku,” katanya.

Api dipadam oleh pihak bomba dan penyelamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan