Selasa, 24 September 2013

Fiza Elite Bakal Nikah Khamis Ini



Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Nikah Khamis Ini | Pasangan selebriti, Adam AF dan Fiza Elite, dilaporkan telah memilih tarikh 26 September ini untuk menamatkan zaman bujang mereka di Pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) cawangan Shah Alam, pada jam 10 pagi.

Adam AF Dan Fiza Elite Bakal Nikah Khamis Ini

Adam AF atau nama sebenarnya Mohd Aizam Mat Saman, 29, cukup dikenali selepas menyertai program Akademi Fantasia musim kedua pada 2004. Penyanyi berasal dari Kota Kinabalu ini mendapat tempat ketiga dalam program realiti terbabit.

Fiza Elite atau Siti Zaidatul Fiza Abdul Halim, 33, pula ialah bekas anggota kumpulan Elite dan aktif berlakon drama dan filem. Dia juga pernah mendirikan rumah tangga dengan Ahmed Farriq Zainul Abidin, 33, pada September 2006, namun bercerai pada November 2010.

Artis wanita itu baru-baru ini mendedahkan sepatutnya mendirikan rumah tangga semula pada Jun lalu, bersama individu yang tidak mahu didedahkan identitinya, namun rancangan berkenaan tidak kesampaian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan