Sabtu, 14 September 2013

Wanita Acu Pistol Cetus Kebimbangan Ramai

Dera
London – Foto seorang wanita mengacukan sepucuk pistol ke kepala seorang kanak-kanak kini tersebar meluas di laman sosial selepas dimuat turun kira-kira sebulan yang lalu.
Imej itu mencetuskan pelbagai spekulasi serta respon daripada orang ramai yang bimbang akan keselamatan kanak-kanak yang dipercayai berusia sekitar dua tahun itu.
Bagaimanapun,tidak banyak maklumat yang berjaya diperoleh melalui gambar tersebut sekaligus membantutkan usaha pihak tertentu yang ingin membuat laporan kepada pihak berkuasa.

Memandangkan foto tersebut berasal dari laman Facebook milik seorang warga Argentina, ramai yang membuat andaian bahawa kedua-duanya merupakan penduduk Amerika Latin.
Kebanyakan pengguna laman sosial menyifatkan imej wanita yang tersenyum itu sebagai sesuatu yang “cukup jahat”.
Tidak dapat dipastikan samada senjata yang digunakan adalah asli atau tidak, namun ia telah meningkatkan kebimbangan orang ramai mengenai kes penderaan domestik.
Secara tidak langsung, ia turut mempengaruhi penulis blog dan bekas mangsa dera untuk berkempen menentang jenayah itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan