Isnin, 16 September 2013

Terima padah akibat degil

  • Terima padah akibat degilPenguatkuasa Jaip dan PPDNKK menyita produk yang tidak menggunakan tanda Halal yang diiktiraf.

KUANTAN - Akibat degil dan tidak mengendahkan amaran pihak berkuasa agama negeri, gudang milik sebuah syarikat yang memiliki rangkaian pasaraya di negeri ini di serbu Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip), semalam.

Penolong Pengarah Unit Pengurusan Halal Jaip, Noridzuan Abdul Manan berkata, serbuan dilakukan lapan Pegawai penguatkuasa Jaip dan Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Negeri di Jalan Setali, Kuantan.


“Pihak pengurusannya berdegil dan tidak mahu mengikut peraturan ditetapkan dengan menggunakan tanda halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau yang diiktiraf penguasa agama tempatan,” katanya di sini, semalam.

Katanya, dalam serbuan itu, Jaip dan PPDNKK merampas barang dan produk makanan yang bukan sahaja tidak mempunyai tanda Halal diiktiraf malah menggunakan logo dan tanda Halal buatan sendiri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, syarikat terbabit kini berdepan tindakan undang-undang di Bawah Akta Perihal Dagangan  (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011 yang membawa denda sehingga lima ratus ribu ringgit.

Noridzuan berkata, dalam serbuan sama, beberapa produk makanan yang melanggar APD 2011 disita untuk tindakan lanjut.

“Semua pemilik industri di negeri ini sudah diingatkan supaya tidak sewenang-wenangnya memperihalkan apa-apa produk makanan atau barang gunaan sebagai halal, melainkan diperakukan sebagai halal oleh pihak berkuasa berwibawa.

“Pihak berkuasa juga menetapkan tanda halal  hanya boleh menggunakan logo Halal Malaysia dan yang diiktiraf sahaja,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan