Rabu, 18 September 2013

1 Juta Tempat Duduk Percuma AirAsia

1 Juta Tempat Duduk Percuma Penerbangan AirAsia

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia menawarkan sebanyak 1 juta tempat duduk percuma penerbangan ke destinasi domestik dan antarabangsa bagi meraikan kejayaan syarikat itu telah menerbangkan seramai 200 juta penumpang sehingga tahun ini.

AirAsia dalam satu kenyataan media berkata, tempahan mendapatkan tempat duduk percuma tersebut boleh dibuat secara dalam talian melalui laman web www.airasia.com atau melalui aplikasi mudah alih AirAsia pada iPhone, peranti Android, Blackberry10, dan laman web mudah alih mobile.airasia.com dari 17 hingga 22 September ini.
“Destinasi domestik seperti Pulau Pinang, Langkawi, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Kota Bharu, Alor Setar dan Kota Kinabalu adalah antara yang ditawarkan tempat duduk percuma.
“Manakala laluan intra Malaysia Timur seperti Kota Kinabalu – Miri, Sandakan, Tawau dan Kuching, serta dari Kuching – Kota Kinabalu, Bintulu, Miri, Sibu dan Singapura juga ditawarkan. Antara destinasi antarabangsa yang disertakan dalam promosi tempat duduk percuma ini termasuk Singapura, Brunei, Hat Yai dan banyak lagi,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut AirAsia, selain daripada tempat duduk percuma, syarikat itu turut menawarkan tempat duduk tambang promosi dengan tambang asas serendah RM2 sehala tidak termasuk cukai dan yuran ke destinasi seperti Bali, Bandung, Medan, Jakarta dan Surabaya.
Kata kenyataan itu, destinasi lain seperti Bangkok, Krabi, Yogyakarta, Miri, Sandakan dan Kuching juga boleh didapati dengan tambang asas serendah RM22 sehala, manakala Manila, Phnom Penh, Siem Reap, Bandar Ho Chi Minh, Phuket, Labuan dan Tawau serendah RM52 sehala.
Tambah kenyataan itu, destinasi seperti Hong Kong, Macau, Yangon, Vientiane dan Hanoi juga boleh didapati dari RM72 sehala dan penumpang boleh terbang ke Nanning, Kunming, Shenzhen, Guangzhou dan Trichy dari harga RM102 sehala.
“Semua tambang tercatat adalah tambang asas cukai  dan bayaran yang dikenakan adalah dari RM26 dan seterusnya. Tempoh perjalanan untuk kempen ini dari 7 Januari hingga 5 Ogos 2014,” jelas kenyataan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan