Isnin, 16 September 2013

Guru rugi RM40,000 beg tangan dilarikan



BESUT - Seorang guru Tabika Kemas kerugian kira-kira RM40,000 apabila beg tangan yang diletak di dalam keretanya dilarikan seorang lelaki di hadapan Pejabat Pos Kampung Raja yang hanya terletak kira-kira 100 meter dari Ibu Pejabat Polis Daerah Besut tengah hari semalam.
   
Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Mohd Zakaria berkata mangsa yang berumur 57 tahun baru selesai berurusan di pejabat pos itu dan memasuki keretanya untuk beredar.
   
"Tiba-tiba datang seorang lelaki yang terus membuka pintu sebelah kiri tempat duduk pemandu dan melarikan beg tangan mangsa.
   
"Suspek melarikan diri dengan sebuah kereta yang sedang menanti tidak jauh dari situ," katanya.
   
Mangsa melaporkan kehilangan wang tunai RM5,000, seutas gelang berlian, seutas gelang emas, tujuh bentuk cincin emas dan berlian, seutas rantai emas, dua pasang subang emas, sebentuk butang baju emas, sebuah telefon bimbit dan dokumen-dokumen penting. - Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan