Sabtu, 14 September 2013

Lelaki Ugut Bunuh IGP Serah Diri Kepada Polis

Lelaki Ugut Bunuh IGP Serah Diri Kepada Polis

SEORANG lelaki yang juga peniaga jualan langsung N. Murugan berusia 33 tahun menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras berhubung kes ugutan bunuh melalui twitter ke atas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar hari ini.
Lelaki itu yang berasal dari Negeri Sembilan dan menetap di Melaka tiba IPD pada pukul 9.30 pagi tadi.

Beberapa blog yang sebelum ini memaparkan tweet Murugan membuat ugutan itu semuanya melaporkan penyerahan dirinya hari ini.
Semalam, Murugan dalam tweetnya membuat candangan kalau sesiapa boleh bayar pembunuh upahan untuk tembak Ketua Polis Negara (IGP) yang jelas terpancar betapa biadapnya tweet berkenaan.
Kami berasa Murugan agak marah dengan tindakan polis  dalam Ops Cantas yang banyak menangkap serta menembak anggota kongsi gelap dan penjenayah yang kebanyakannya berbangsa India.
Namun sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) polis sepatutnya mengambil langkah proaktif segera membasmi jenayah dengan melaksanakan apa yang perlu demi mempertahankan keselamatan awam dan kestabilan negara.
Jangan dek kerana tweet daripada entah siapa-siapa pihak PDRM boleh goyah sebaliknya teruskan dengan agenda memerangi jenayah terutamanya jenayah kongsi gelap yang jelas membahayakan masyarakat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan