Isnin, 9 September 2013

Misteri! Peniaga Makanan Terima Syiling Berusia 214 Tahun

 | January 29, 2013
Misteri! Peniaga Makanan Terima Syiling Berusia 214 Tahun | Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusiatiada siapa tahu. Itulah rezeki seorang lelaki yang rupa-rupanya memiliki dua keping syiling lama berusia 214 tahun. Duit syiling itu dipercayai pemberian dari seseorang yang tidak dikenali suatu ketika dahulu. Malangnya orang yang memberi syiling berkenaan hilang begitu sahaja. Jika kita lihat gambar di bawah ini,duit syiling berkenaan dianggarkan mencecah hampir $10 juta dollar. Rezeki tu!
syiling

SELAYANG – Seorang peniaga makanan di sini, Ruzaman Zakaria mendakwa memiliki dua keping duit syiling perak lama yang dipercayai berusia antara 138 hingga 214 tahun.
Menurut Ruzaman, 40, syiling berkenaan diperolehnya kira-kira 12 tahun lalu yang diberi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali ketika dia pulang daripada berniaga di Rawang, Selangor.
Katanya, pada malam itu keretanya kehabisan minyak di sekitar Taman Templer dan dia terpaksa berjalan kaki selama 30 minit ke sebuah stesen minyak berdekatan.
“Ketika dalam perjalanan ke kereta setelah membeli minyak, tiba-tiba seorang lelaki menghampiri saya dan menanyakan masalah yang saya hadapi.
“Kemudiannya, secara tiba-tiba lelaki itu menghulurkan dua keping syiling ini kepada saya dan selepas menerimanya saya terus berlari ke kereta sementara lelaki tersebut juga hilang begitu sahaja,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan