Isnin, 9 September 2013

Tahniah! Safiq Rahim Dan Zandra Sah Bertunang (6 GAMBAR)


Tahniah! Safiq Rahim Dan Zandra Sah Bertunang (6 GAMBAR) | Pemain bola sepak kebangsaan Safiq Rahim dikhabarkan sudah selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, pemain boling kebangsaan, Zandra Aziela Ibrahim Hakimi pada Sabtu lepas.

Majlis yang diadakan di Kajang, Selangor itu bagaimanapun tidak dihadiri oleh Safiq yang ketika itu berada di luar negara bersama pasukan bola sepak Malaysia.

Hubungan mereka sebelum ini pernah dilanda kontroversi apabila gambar mesra Zandra bersama penyanyi Anuar Zain dikatakan menimbulkan kemarahan tunangnya itu.

Namun, kontroversi itu nyata tidak mengugat hubungan mereka yang terjalin sejak setahun lepas.

Zandra juga sempat berkongsi beberapa keping gambar majlis pertunangan itu di laman Instagram buat tatapan peminat kedua-dua figura sukan ini.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan