Rabu, 25 September 2013

Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah



B
Gempar! Mengapa Dalam Pesawat Singapore Airlines Ini Bersepah | Mana mungkin syarikat penerbangan akan membiarkan kabin pesawat mereka dalam keadaan kotor dan bersepah. Lebih-lebih lagi jika pesawat berkenaan bakal menerimapenumpang. Namun jika anda melihat gambar di bawah adalah sebaliknya. Mungkin ada tertanya-tanya apakah yang terjadi terhadap pesawat ini. Melayukini.net difahamkan pesawat darisyarikat Singapore Airlines ini berhadapan dengan detik cemas apabila diserang ribut di udara yang dikenali sebagai Turbulence.

ribut1
Sebuah pesawat Singapore Airline Airbus A380-800 yang dalam perjalanan dari Singapora ke Heathrow, London, mengalami ribut di udara setelah berlepas hampir 90 minit. Ketika kejadian, sarapan pagi baru sahaja dihidangkan oleh krew kabin.
ribut2
Penerangan – Gambar pramugari terpaksa ditutup kerana tidak menutup aurat dengan sempurna. Bimbang mereka adalah orang Islam. Harap maklum.
Menurut maklumat, ribut tersebut menyebabkan perbezaan altitud hampir 100 kaki secara mendadak, hingga menyebabkan barang-barang yang tidak terikat terbang dan terapung didalam kabin, sebelum bersepah jatuh di dalam pesawat, begitu juga dengan tray dan makanan yang jatuh di laluan tengah pesawat ketika ribut berlaku.
Mujur pesawat dapat meneruskan perjalanan dan mendarat di London dengan selamat selepas 13 jam perjalanan. 7 penumpang dilaporkan cedera ringan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan