Sabtu, 14 September 2013

Komen FB Membuatkan ‘Balai Kasi Cerita!’

Komen Facebook Yang Membuatkan 'Balai Kasi Cerita!'


KIRA-kira jam 9.30 pagi tadi, seorang peniaga jualan langsung telah menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras berhubung kes ugutan bunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.



Peniaga berkenaan disiasat polis berhubung komen dalam laman sosial Facebook di bawah nama Murugan Nagaretinam.

Komen itu berbunyi: “can anyone just hire gunman to shoot down this police or igp?”
Komen itu dimuat naik sebagai membalas perbualan bersama dua lagi rakan Facebook Murugan ketika mereka membicarakan kejayaan polis menembak mati dua lelaki dipercayai anggota kongsi gelap Geng 36 di Melaka, kelmarin.

Berikut adalah petikan komen yang dibuat Murugan di Facebook hingga membuatkannya terpaksa menghadap polis bagi menjelaskan keberaniannya membuat ugutan bunuh terhadap pegawai tertinggi PDRM.

Selain Murugan, dua lagi rakannya dalam petikan Facebook ini dan masyarakat umum mungkin boleh mengambil iktibar agar tidak terlalu emosi hingga melampaui batas apabila berbual dan memuat naik sebarang status atau komen di media sosial selepas ini.
Perlu diingat, berbual di media sosial tak sama seperti gebang di kedai kopi! – REM RAMZI
fb ugut igp

Tiada ulasan:

Catat Ulasan