Rabu, 4 September 2013

Bukti Filem Tanda Putera Menipu

Bukti Filem Tanda Putera Menipu

Baru-baru ini Seluruh pawagan Tanah Air menayangkan Filem Tanda Putera sebuah filem berkisarkan persahabatan akrab antara Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak dan timbalannya, Tun Dr Ismail yang terpaksa berahsia dan mengetepikan masalah kesihatan masing-masing bagi memulihkan keadaan negara ekoran peristiwa hitam 13 Mei 1969.

Tun Razak terpaksa menyimpan rahsia mengenai penyakit leukemia yang dihadapinya kerana tidak mahu keluarga tertekan dan bimbangkan keselamatan negara. Mereka berdua berkongsi doktor. Bilik bacaan di rumah Tun Dr Ismail menjadi klinik rahsia bagi rawatan mereka oleh Dr Macpherson, tanpa pengetahuan sesiapa termasuk kaum keluarga Tun Dr Ismail sendiri.

Mereka memiliki aura yang kuat. Kecekalan dan keazaman mereka telah menangkap imaginasi pelajar seperti Zarah, tenaga pengajar, Kara dan anak muda, Zaman. Tun Razak dan Tun Dr Ismail mencorakkan warna hidup warga muda seperti pelajar dan tenaga pengajar di institusi pendidikan tinggi ketika itu serta mereka yang bertugas di pejabat.

Filem Tanda Putera berdasarkan kisah benar tragedi 13 Mei 1969 menampilkan Rusdi Ramli sebagai Tun Abdul Razak, Zizan Nin (Tun Dr Ismail), Faezah Elai (Tun Rahah), Linda Hashim (Toh Puan Norasyikin), Tunku Abdul Rahman (Kamarulzaman Taib), Sahee Shamsuddin (Najib Tun Razak), Razif Hashim (Johari Tun Razak), Ismaizal Yusoof (Tawfik Tun Ismail), Ali Steven Shorthose (Dr Macpherson) dan Norman Hakim (IGP Hanif).

Ia dibantu Kavita Sidhu (Kara), Riezman Khuzaimi (Sarjan Aman), Kuza (Maimon), Zaefrul Nordin (Koperal Musa), Ika Nabella (Zarah), Zoey Rahman (Johan), Ahya U (Zaman) dan Alan Yun (Allen).

Selain itu, filem sarat dengan emosi dan tragedi itu turut menampilkan pelakon undangan seperti Hasnul Rahmat (Tun Hussein Onn), Ida Nerina (Jah Steno), Sharifah Shahira (Guru Besar), Fizz Fairuz (Tan Sri Arshad Ayub), Nazril Idrus (Tun Dr Mahathir Mohamad), Khir Mohd Noor (IGP Abdul Rahman Hashim), Bell Ngasri (Datuk Harun Idris), Chew Kin Wah (Tan), Razali Hussain (Haji Ahmad Razali Mohd Ali), Douglas Lim (Leslie Cheah), Chealsia Ng (Catharine), Wong Sip Nen (bapa Allen), Nas-T (Najib Rahman) dan Aidil AF (Datuk Senu).

Filem Tanda Putera diterbitkan Pesona Pictures Sdn Bhd dan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Multimedia Development Corporation (MDeC). Ia dijangka menemui penonton bermula 13 September 2012.-petikan: btn.gov.my.

Namun disebalik kisahfilem ini ada adegan-adegan yang tidak sepatutnya berlaku Antara adegan-adegan yang dikesan ialah .. 1) Kereta Proton Iswara Saga Aeroback. 2) Adanya CCTV 3) Menggunakan potrait DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agung berlainan dan bukan ketika baginda memerintah ketika itu 4) Terdapat alat pengesan asap ( Smoke detector), suatu alat yang belum wujud pada tahun 1969 ... 5) Kompressor alat pedingin yang belum wujud dan tercipta lagi pada tahun 1969 6) Perasmian Memorial Tun Razak oleh Tun Mahathir ialah pada tahun 1982 7 ) Sticker cukai jalan yang belum wujud lagi pada tahun 1969. .






Dalam satu sedutan dalam filem Tanda Putera arahan Shuaimi Baba, terdapat adanya perarakan dengan membawa spanduk oleh sekumpulan orang dimana sebuah kereta proton saga aeroback turut dirakamkan bersama.


kelihatan CCTV turut tersenarai dalam filem Tanda Putera


Pada pandangan admin setiap orang ada kesalahan dan kesilapan bukan senang untuk menghasilkan sesuatu yang sempurna.Jadi biarlah apa pandangan orang kerana sikap manusia tidak pernah behenti untuk mencari kesalahan orang lain

admin tidak sokong mana-mana pihak kepada anda yang ada info atau cerita best untuk dikongsikan dalam blog ini sila isi borang hubungi jika info anda terpilih anda akan mendapat hadiah misteri.


Read more: http://gempaqgiler.blogspot.com/2013/09/bukti-filem-tanda-putera-menipu.html#ixzz2dw4zN9mx

Tiada ulasan:

Catat Ulasan