Ahad, 8 September 2013

Ania Dikecam Hebat Penduduk Mesir

Ania, Wanita Tidak Bermoral Dikecam Penduduk Mesir
POLAND – Hasrat seorang wanita tidak bermoral, Ania Lisewska, 21, yang mahu meniduri 100,000 lelaki dengan merancang menjadikan Mesir sebagai negara persinggahannya, telah dikecam hebat oleh penduduk di negara itu.
Selain digelar sebagai `jijik’ wanita itu juga tidak dialu-alukan ke negara berkenaan.
“Menteri pelancongan Mesir perlu campur tangan. Ia melibatkan isu keselamatan.
“Mesir tidak membuka pintu kepada pelacur,’’ demikian bunyi kecaman yang ditujukan kepada Ania.

Mesir merupakan negara pertama di Asia Barat yang mahu dikunjungi oleh Ania demi melampiaskan nafsunya itu.
Media di Arab melaporkan bahawa Ania akan dijemput oleh seorang lelaki dikenali Mohammad Abdel Moneim setibanya dia di Kaherah.
Erem News melaporkan bahawa Abdel Moneim menyatakan bahawa kedatangan Ania ke Mesir adalah kerana ingin melawat negara tersebut.
Ania mengejutkan masyarakat apabila menyatakan dia mahu memecah rekod dunia dengan meniduri 100,000 lelaki di seluruh dunia.
Jelasnya, keseronokan yang akan dialami itu akan mengambil masa 20 minit bagi setiap orang, bergantung kepada berapa ramai orang yang ditemuinya pada hari itu.
Sejak keinginan berkenaan diluahkan dalam facebooknya, dia telah menerima 60,000 butang like.
Dia berkata, marathon seks berkenaan telah bermula sejak bulan lepas di Warsaw dan dia merancang untuk mengembara negara lain.
Sementara itu Al-Bawaba melaporkan bahawa setakat ini Ania sudah meniduri 284 lelaki dan untuk menjayakan perbuatan tidak bermoralnya itu, dia perlu menghabiskan masa selama 33,000 jam atau 3.8 tahun.
Itu pun jika dia bekerja siang dan malam tanpa henti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan