Khamis, 15 Ogos 2013

Zain Saidin Seronok Ikut Beraya Di Kampung Che Ta


Zain Saidin Seronok Ikut Beraya Di Kampung Che Ta

ohartis-zain-saidin-beraya-dikg-che-ta-1
Pasangan romantis Zain Saidin, 29 dan Rozita Che Wan, 40 tidak perlu diperkenalkan lagi. Umum tahu mereka sedang dilamun cinta malah Zain mengakui mengikut Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta pulang ke kampung kekasih hatinya itu di Alor Setar untuk beraya bersama.
Zain yang ke Alor Setar pada hari raya kedua menaiki kapal terbang berangkat bersama-sama anak lelaki Che Ta iaitu Ammar Effendy kerana dia beraya bersama bapanya terlebih dahulu di Kuala Lumpur. Zain menyatakan pengalaman dua hari beraya di kampung Che Ta sangat menyeronokkan kerana dia berpeluang mengenali keluarga dan sanak-saudara Che Ta dengan lebih dekat.
“Saya ke sana menaiki kapal terbang bersama anak sulung Che Ta kerana dia beraya bersama bapanya terlebih dahulu di Kuala Lumpur. Kemudian kami balik ke Kuala Lumpur semula bersama.
“Seronok… ini pertama kali saya balik ke kampung dan dapat beraya dengan dia (Rozita) dan keluarga. Walaupun tidak banyak perbezaan beraya di sana tapi dapat juga merasai perasaan balik kampung.
“Keluarga Cik Ta semuanya baik. Walaupun saya kerap jumpa keluarga terdekat Cik Ta sebelum ini, tapi kali ini saya dapat jumpa saudara-maranya yang lain serta peminat yang datang beraya,” katanya.
Tambah Zain lagi, sepanjang dua hari berada di Kedah, dia juga sempat menikmati makanan kegemarannya iaitu nasi kandar. Pasangan ini juga dikhabarkan bakal bernikah pada Disember depan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam.
OHARTIS: CEPAT-CEPAT JUMPA TOK KADI ZAIN OII!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan