Ahad, 18 Ogos 2013

Mamat Sepah Bercinta Dengan Penuntut MSU

Mamat Sepah Bercinta Dengan Penuntut MSU

Mamat Sepah

Selepas hubungan cintanya dengan pelakon dan penyanyi Fida Ibrahim kecundang di tengah jalan beberapa tahun lalu, pelawak Mamat Sepah akhirnya sudah berjaya mencari pengganti mengisi kekosongan hatinya itu.
Walaupun sudah bertemu gadis pilihan, mamat mengakui tiada perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam jangka masa terdekat kerana Mamat mahu kekasihnya, Nurul Syafiqah Zakaria yang masih menuntut di MSU, Shah Alam dalam bidang perniagaan antarabangsa menumpukan sepenuh perhatian terhadap pembelajarannya terlebih dahulu.

“Saya nak dia habiskan study dia dulu Saya tak mahu nanti menganggu pelajaran dia. Bila dah selesai semua, baru kita rencana agenda seterusnya. Kalau nak kahwin nanti, pasti saya umumkan,” katanya memetik laporan portal Rotikaya.
Sementara itu, Mamat akan bergabung dengan Rahim R2 dan Munir dalam pentas pertandingan Maharaja Lawak Mega pada November ini dengan mengelarkan kumpulan mereka sebagai Kucai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan