Jumaat, 16 Ogos 2013

Yazid Kecewa Anggota Search Tak Datang Melawat

Yazid Kecewa Anggota Search Tak Datang Melawat

yazid

Tatkala terlantar sakit apa yang diharapkan sudah tentulah orang terapat datang bertanya khabar. Kalau pun tak dapat mengurangkan sakit yang sedang ditanggung, sekurang-kurangnya dapatlah sedikit suntikan moral untuk terus menguatkan semangat.

Barangkali itulah yang didambakan pemain dram kumpulan Search, Yazid terhadap rakan-rakan Search yang lain.
Yazid yang terlantar di HKL sejak hari raya ketiga kerana masalah kegagalan buah pinggang menyuarakan kesedihannya kerana tidak ada anggota lain yang datang menjenguknya. Dia dilaporkan berkata kepada sebuah akhbar:
“Saya tidak tahu mengapa mereka tidak datang, mungkin kerana mereka sibuk beraya dengan keluarga masing-masing atau mungkin juga mereka tidak suka mengunjungi orang-orang sakit seperti saya.
“Biasalah resam manusia, sewaktu sihat semuanya baik-baik sahaja tetapi apabila saya sudah sakit seperti ini, tiada siapa yang mahu mengambil tahu.”
Semoga selepas ini Yazid akan menerima kunjungan kawan-kawannya itu. Manalah tahu, mungkin mereka berada di luar kawasan kerana menyambut hari raya, kan?
Apa pun, didoakan Yazid akan segera sembuh supaya dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Kadang-kadang masa tengah sakit memang hati kita mudah terusik sedikit. – REM RAMZI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan