Khamis, 15 Ogos 2013

Datuk Siti Mengaku Sudah Lama Berbaik Dengan Bekas Isteri Datuk K



Datuk Siti Mengaku Sudah Lama Berbaik Dengan Bekas Isteri Datuk K

ohartis-siti-nurhaliza-bekas-ister-datukK-2
Umum sedia maklum, sebelum penyanyi tersohor Datuk Siti Nurhaliza bernikah dengan pasangannya Datuk Khalid Mohd Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan Datuk K, Datuk K sudahpun mempunyai isteri iaitu Datin Tengku Zawiyah.
Sempena Hari Raya Aidilfitri Khamis lalu, terlihat sekeping gambar yang dimuatnaik oleh akaun Instagram anak kepada Datuk K dan Datin Zawiyah iaitu Asyraf memperlihatkan kemesraan antara Datuk Siti dan Datin Tengku Zawiyah. Ramai yang menganggap hubungan mereka kini sudah pun baik selepas dikhabarkan tegang sejak beberapa tahun sebelum ini.
Datuk Siti Nurhaliza yang diminta memberi komen berkenaan hubungannya dan Datin Tengku Zawiyah, beliau mengakui bahawa mereka sudah berbaik dan berharap agar para peminat tidak memberikan persepsi negatif lagi.
“Gambar itu diambil Asyraf ketika Siti beraya di rumah abang Tengku Zawiyah di Kuala Lumpur, pada hari raya pertama. Suami Siti (Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa) nak menziarah bekas emak mentuanya yang memang berkumpul di sana. Siti pun sudah beberapa kali bertemu dengannya (emak Tengku Zawiyah).
“Hubungan kami memang baik dan mungkin disebabkan gambar itu baru saja tersiar menyebabkan ramai yang menyangkakan kami baru saja berbaik.” jelas Datuk Siti.
ohartis-siti-nurhaliza-bekas-ister-datukK-1
OHARTIS: BAGUSLAH.. TERIMA SEGALA KETENTUAN ALLAH DENGAN REDHA, HATI LEBIH TENANG.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan