Ahad, 11 Ogos 2013

Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah?

Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah?
 
 Digg2  9  2  7086
Penyamun Sempat Beri Nasihat Ketika Menyamun. Apakah? | Wah wah. Kemain penyamun sekarang ni ye. Time menyamun sempat lagi bagi nasihat dekat mangsa. Bukan nasihat jangan buat laporan polis ke apa, ni nasihat berunsur kebaikan. Hmm ikuti laporan lanjut yang dipetik dari Sinar Harian.
SEGAMAT -  Seorang daripada enam penyamun sempat menasihati salah seorang mangsanya supaya menjadi menantu yang baik selepas menyamun kediaman sebuah keluarga di Medoi, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian jam 2.10 pagi itu, enam lelaki yang bersenjatakan sabit, besi dan batang kayu itu bertindak memecah masuk rumah berkenaan sebelum mengikat tangan seluruh ahli keluarga di rumah berkenaan.
Mangsa, Ibrahim Ismail, 36, berkata, ketika kejadian, dia tidur sendirian di ruang tamu rumah sebelum dikejutkan oleh seorang daripada enam penyamun tersebut.
“Penyamun tersebut menutup mukanya menggunakan kain sambil mengacu sabit ke leher saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana bimbang dicederakan.
“Mereka meminta kami menyerahkan wang dan barangan berharga kononnya sebagai amal jariah sempena Ramadan,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam masa yang sama, penyamun yang lain menuju ke bilik isteri dan ibu bapa mentua Ibrahim sebelum mengikat kesemua mereka dengan menggunakan tali plastik dan wayar seterika.
“Mereka turut menyelubungkan kami dengan kain hitam sebelum menggeledah bilik rumah ini. Saya meminta supaya mereka jangan mengapa-apakan ahli keluarga saya.
“Mereka mengambil wang tunai dan komputer riba serta enam telefon bimbit serta barangan kemas yang bernilai RM7,000 milik isteri dan ibu mentua saya,” katanya.
Menurutnya, sebelum kumpulan penjenayah itu melarikan diri, salah seorang datang kepadanya dan buka ikatannya di pergelangan tangannya dan berbisik supaya membuka pula ikatan pada ibu bapa mentuanya.
“Apa yang tidak boleh saya lupakan apabila dia juga berbisik supaya menjadi menantu yang baik dan bukannya hantu macam mereka,” katanya.
Kesemua penjenayah itu dipercayai menceroboh masuk rumah menerusi tingkap yang diumpil berhampiran ruang tamu rumah yang belum dipasang jeriji.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Mohd Kamil Sukarmi mengesahkan kejadian itu dan berkata, siasatan sedang dijalankan mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata. - Sumber
- See more at: http://fuh.my/penyamun-sempat-beri-nasihat/#sthash.tQPnGNel.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan