Isnin, 12 Ogos 2013

Rita Rudaini ‘Gaduh’ Dengan Anak

VIDEO: Rita Rudaini ‘Gaduh’ Dengan Anak

on FRIDAY, 26 JULY 2013 
Umum mengetahui kemelut rumah tangga yang dilalui Rita Rudaini hingga dia terpaksa keseorangan menguruskan anak-anak.Pastinya, ia bukan sesuatu yang mudah apatah lagi menangani dua anak lelaki yang sedang membesar iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Rafqa Arjuna, 2.

Adat budak-budak, ada waktunya mereka akan menakal hingga mesti dimarahi untuk mendidik.
Dalam satu video dipos di keek, Rita berkongsi satu momen dia memarahi anak sulungnya yang enggan mendengar kata.
Walaupun mula-mula anaknya itu nampak kurang berpuas hati, akhirnya dia akur untuk meminta maaf.
Si adik pula siap ‘bakar line’ waktu abangnya kena marah dengan mummy mereka.
Katanya, “Satgi mummy nangis..”
Hehe, comel je.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan