Rabu, 9 Oktober 2013

Pelawak Yahya Sulong Meninggal Dunia

 
Wednesday, February 06, 2013
 
        
Pelawak Veteran Datuk Yahya Sulong Meninggal Dunia. Pelawak Datuk Yahya Sulung, 85, meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini kira-kira pukul 6.45 petang Rabu. Berita itu disahkan sendiri oleh isteri Allahyarham iaitu Datin Alisah Ali, 64, ketika dihubungi mStar Onlinemalam Rabu.


Alisah berkata, suaminya dimasukkan ke HKL kira-kira seminggu lalu akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk asma.

Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam dunia seni, beliau banyak berlakon filem antaranya Abu Nawas, Gila-Gila, Putus Sudah Kasih Sayang, Da Di Du dan Prebet Lapok.

Yahya pernah berkahwin sebanyak empat kali dan mempunyai 11 orang anak, enam cucu dan dua cicit. Selain terlibat dalam dunia seni, Yahya pernah bertugas dalam pasukan polis pada tahun 1948 bagi menentang komunis.

Jenazah Allahyarham di jadual dikebumikan di kampungnya di Teluk Intan, Perak pada malam Rabu.


Al-Fatihah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan