Rabu, 9 Oktober 2013

Gadis 16 tahun silap pilih kekasih,terpaksa ikut meringkuk dalam penjara.



LANGKAP - Seorang lelaki yang dipercayai menjalankan aktiviti mengedar dadah di sekitar pekan ini dicekup ketika duduk bersembang bersama teman wanitanya di hadapan sebuah kedai 24 jam di Jalan Besar Pekan Langkap, di sini, kira-kira jam 12.05 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisoner Goh Kok Liang berkata, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak membuat serbuan selepas menerima maklumat berkenaan kegiatan suspek.

"Dalam serbuan itu, polis menemui tiga paket dadah dipercayai syabu dianggarkan seberat 58.43 gram dalam beg galas dipakai suspek berusia 24 tahun dari Chenderong Balai itu.

"Suspek bersama teman wanitanya yang berusia 16 tahun dari Bidor itu kemudian dibawa ke IPD Hilir Perak bagi siasatan lanjut," katanya.

Menurut Kok Liang, hasil ujian awal air kencing, lelaki terbabit positif methamphetamine manakala remaja perempuan itu negatif.

"Kita juga percaya suspek lelaki itu mengedar dadah kecil-kecilan kepada penagih dadah di sekitar kawasan tersebut.

“Dua suspek terbabit kini ditahan bagi membantu siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan